Wednesday, December 22, 2010

NUQABA’ BERWIBAWA TERAS KECEMERLANGAN IKRAM

- sebahagian ucap utama Presiden dalam Muktamar Tarbawi Nasional -

Nuqaba’ nama sebutan bagi sekumpulan du’at yang memfokuskan usaha‐usaha mereka untuk membangun dan mengembangkan peribadi-peribadi muslim yang telah dimenangi dan dikumpulkan oleh para‐para duat,
menerusi pelaksanaan berbagai‐bagai wasail tarbiah saperti usrah, katibah,daurah ,rehlah, mukhayyam dan lain‐lain.

Bidang kerja mereka ialah pembangunan manusia, mengasuh dan membimbing mereka dengan matlamat membangun mereka agar menjadi muslim yang sempurna, soleh dan musleh, berperanan sebagai sebaik‐baik
ummat yang hidup dimuka bumi dari perspektif Islam amnya dan IKRAM khususnya. Kumpulan ini sewaktu memiliki kewibawaan dari sudut ilmu dan amal, kepakaran dan pengalaman merupakan diantara komponen‐komponen ahli-ahli IKRAM yang paling berperanan membangunkan kegemilangan IKRAM. Ini lantaran mereka merupakan faktor penentu kepada kewujudan tarbiah ahli, perkadiran, pembangunan diri dan pengembangan peribadi. Kelangsungannya akan menentukan perkembangan IKRAM masa hadapan, sama ada akan terus maju, berkembang, meningkat, meluas, sampai ke sasaran yang dituju atau malap, pudar, terhenti pergerakannya separuh jalan atau lumpuh sepenuhnya . Keadaan ini membawa makna, menerusi usaha‐usaha mereka, generasi baru, golongan pelopor perjuangan, para du’at, saf‐saf kader dan kepimpinan
dapat dilahirkan. Tanpa usaha‐usaha dari pihak mereka, IKRAM akan ketandusan ahli‐ahli yang terasuh, berkualiti untuk meneruskan perjuangannya, berkembang , membesar mewujudkan arus perdana untuk
menjana kejayaan dan kemenangan.

Nuqaba dalam sirah al‐Rasul s.a.w

Istilah nuqaba mula dikenali sewaktu Rasulullah meminta orang‐orang Islam daripada kalangan al‐Ansar memilih 12 orang daripada kalangan mereka untuk mengetuai kumpulan‐kumpulan mereka sekembalinya mereka ke Madinah. Hal ini berlaku selepas berlangsungnya baiah al‐aqabah ke 2 yang melibatkan 73 lelaki dan 2 wanita daripada golongan al‐ansar.

Senarai nama 12 Naqib yang telah dipilih oleh golongan al‐Ansar dalam peristiwa baiah al‐aqabah ke 2 di shuab al‐Aqabah, Makkah selepas musim haji adalah seperti berikut:

9 orang daripada qabilah Khazraj:
1) As’ad bin zurarah
2) Saad bin al‐Rabe’
3) Abdullah bin Ruwahah
4) Rafe’ bin malik
5) Al‐Bar’ra’ bin Ma’rur
6) Abdullah bin Amr
7) Ubadah ibnu al‐Somit
8) Saad bin Ubadah
9) Al‐Munzir bin Amr

3 orang daripada qabilah al‐Aus:
10) Usaid bin Khudair
11) Saad bin Khaisamah
12) Rifaah bin Abdul Munzir

Pandangan/ penilaian Rasulullah terhadap mereka

a) Sebagai pengganti Mus’ab...al‐muqri’, imam, dai’e dan guru.

b) Berkelayakan untuk mengendalikan urusan‐urusan dakwah di Madinah, sudah menjadi sebahagian daripada ummah yang boleh dipertanggung jawabkan, golongan yang telah memiliki pengetahuan, berupaya memimpin masyarakat Madinah, mendukung Islam dan melindungnya. Kedudukan mereka ini dalam sejarah

   1) Nuqaba’, sahabat‐sahabat al‐Rasul yang utama
   2) 6 orang daripada mereka adalah shuhada’ (2 shahid di Uhud, saorang di Badar, seorang di Be’ru al‐Maunah, seorang di Khaibar dan seorang lagi di al‐Mu’tah)
   3) 7 orang daripada mereka terlibat secara langsung bersama‐sama Rasulullah dalam peperangan Badar al‐Kubra.


Peranan mereka

a) Mengganti peranan mus’ab bin umair:

Pernyataan sirah terhadap peranannya ialah:
يقرؤھم القرآن ويفقھھم فى الدين ويعلمھم (أحكام ) الاسلام ويؤمھم الصلاة ( ويزكيھم)

* Mengajar mereka al‐quran
* Membaca dan menafsirkan ayat‐ayat al‐Quran
* mengajar mereka akan al‐Din al‐Islam dan hukum-hukum syariat
*Menyucikan hati‐hati dan jiwa mereka dengan iman dan ibadah
*Membangun peribadi mereka menjadi muslim‐muslim yang soleh dan musleh

b) Sebagai kafil ( orang yang bertanggung jawab) terhadap orang‐orang Islam di bawah kendalian/ pengawasan mereka
c) Sebagai wakil Rasulullah yang dipilih oleh masyarakat Madinah,untuk membangun dan mengembangkan kekuatan Islam di sana

Kejayaan mereka
‐ Menjadikan Madinah Dar al‐Hijrah (tempat Orang Islam berpindah)
‐ Menjadikan Madinah sesuai sebagai tapak kepada sebuah negara Islam, Negara al‐Risalah dan al‐Khilafah
‐ Menjadikan Madinah sebagai pengkalan peluasan hidayah Islam keseluruh dunia, pengkalan peluasan wilayah alam Islam keluar semenanjung Arabia
‐ Membantu Rasulullah menbangun generasi Ummah yang memenangkan Islam, sebaik‐baik Ummah
‐ Madinah menjadi daerah pertama yang melaksanakan Syariat dan berjaya menegakkan Islam yang sempurna